Selamat datang

Ahlan Wasahlan Wamarhaban bikum
Selamat Datang

Saturday, January 8, 2011

Bengkel Kuasa Minda: Ke Arah Sikap Yang Positif

Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) akan menganjurkan Bengkel Kuasa Minda: Ke Arah Sikap Yang Positif di Dewan Besar IKIM pada hari Sabtu, 29 Januari 2011 ini.

Menurut jurucakap PPLI, bengkel tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang potensi diri manusia yang sungguh hebat dan bagaimana menggunakan potensi tersebut ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Bengkel itu juga akan memberi kemahiran bagaimana untuk menggunakan kuasa minda bagi membuka pintu kejayaan ekonomi, pekerjaan, pelajaran dan bermacam-macam potensi positif kepada kehidupan.

Juga bertujuan mengajak peserta mengaplikasi kuasa minda menurut ajaran Islam sebagai panduan supaya semua amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Minda merujuk kepada tenaga minda yang berada dalam diri setiap manusia. Tenaga minda ini merupakan penggerak kepada kardiovaskular dan merupakan tunjang dalam kehidupan kita. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang berada di alam kosmik akan memberi kesan yang cukup hebat kepada seseorang.

Jurucakap PPLI menyatakan bahawa Bengkel Kuasa Minda: Ke Arah Sikap Yang Positif Kuasa akan menampilkan tiga modul kepada para peserta iaitu Modul 1: Kuasa Minda, Sedarkah Anda?; Modul 2: Sikap Positif, Mukmin Proaktif; dan Modul 3: Memanfaatkan Kuasa dan Masa. Aktiviti dan latihan kuasa minda akan turut diadakan pada penghujung bengkel.

Pihak penganjur bengkel mengenakan bayaran RM200 bagi setiap orang peserta termasuk makan, minum dan sijil penyertaan bagi yang menghadirinya.

Pembayaran boleh dibuat sama ada secara dalam talian atau masukkan terus ke akaun bernombor 14-014-01-00-7021-3 milik Institut Kefahaman Islam Malaysia di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 Januari 2011.

Segala butiran berkaitan bayaran termasuk jumlah, tarikh dan nama peserta hendaklah difaksimilekan ke nombor 03-62046240, atau e-mel kepada ppli@ikim.gov.my.

Pihak PPLI juga hendaklah dihubungi selepas pembayaran dibuat bagi mengesahkan pendaftaran. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik

Sharuzi, Encik Mior, atau Puan Nor Asyikin di Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), No. 2, Langgak Tunku, melalui Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur. Atau emelkan kepada jie@ikim.gov.my atau mior@ikim.gov.my .

Bengkel ini sesuai dihadiri oleh semua pihak daripada pelbagai latar belakang, antaranya kaunselor, pengamal perundingan dan latihan, badan pengurusan, ahli akademik dan pentadbir.

No comments: