Selamat datang

Ahlan Wasahlan Wamarhaban bikum
Selamat Datang

Saturday, January 8, 2011

Bengkel Anis Celik Undang-Undang

Bengkel Anis Celik Undang-Undang dalam bidang syariah, sivil, dan jenayah akan diadakan di Astana Karya, Seksyen 8, Kota Damansara, Selangor pada hari Sabtu, 15 Januari 2011 ini.

Menurut jurucakap urus setia bengkel, bengkel tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, serta terbuka kepada wanita berkerjaya, suri rumah dan pelajar.

Pihak penganjur menjemput tiga orang pemudah cara bagi mengelolakan bengkel itu iaitu terdiri daripada Kamaazura Mohd Kamil bagi bidang undang-undang syarak; Suzanawati Ismail bagi bidang undang-undang sivil, kedua-duanya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; dan Salim Bashir bagi bidang undang-undang jenayah dari East London University.

Penganjuran Bengkel Celik Undang-Undang bertujuan mendedahkan peserta-peserta terutamanya wanita agar dilindungi daripada dianiaya, menganiaya, dan teraniaya. Mereka akan didedahkan dengan hak-hak sebagai wanita dari segi undang-undang syarak, sivil, dan jenayah.

Menurut pihak urus setia, peserta bengkel dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang termasuk bahan bengkel, makanan, minuman dan sijil.

Sebarang pertanyaan hendaklah dimajukan kepada Urus Setia, Bengkel Anis, Astana Karya, No. 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau menghubungi nombor telefon 03-6142 1614 (Cik Suraiti), faksimile 03-6142 1612. Juga boleh sms ke talian 013-6697 992, atau e-mel kepada suriati@galeriilmu.com.my.

No comments: