Selamat datang

Ahlan Wasahlan Wamarhaban bikum
Selamat Datang

Saturday, January 8, 2011

Pameran Seni Lukis Bakat Muda Sezaman

Balai Seni Lukis Negara (BSLN) sedang mengadakan pameran seni lukis Bakat Muda Sezaman 2010 selama dua bulan sehingga 20 Januari 2011 ini.

BSLN dalam suatu kenyataan memberitahu, pameran yang diadakan sejak tahun tahun 1974 tersebut diadakan di Galeri 2A, 2B, 3A, dan 3B di bangunan BSLN, Nombor 2, Jalan Temerloh melalui Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma.

Pameran seni lukis Bakat Muda Sezaman bertujuan meningkatkan perkembangan seni lukis tanah air dengan memberi peluang kepada pelukis-pelukis muda mempersembahkan hasil karya mereka kepada khalayak melalui sebuah pertandingan yang diadili oleh panel juri profesional mengikut kategori.

Bengkel Kuasa Minda: Ke Arah Sikap Yang Positif

Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) akan menganjurkan Bengkel Kuasa Minda: Ke Arah Sikap Yang Positif di Dewan Besar IKIM pada hari Sabtu, 29 Januari 2011 ini.

Menurut jurucakap PPLI, bengkel tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang potensi diri manusia yang sungguh hebat dan bagaimana menggunakan potensi tersebut ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Bengkel itu juga akan memberi kemahiran bagaimana untuk menggunakan kuasa minda bagi membuka pintu kejayaan ekonomi, pekerjaan, pelajaran dan bermacam-macam potensi positif kepada kehidupan.

Juga bertujuan mengajak peserta mengaplikasi kuasa minda menurut ajaran Islam sebagai panduan supaya semua amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Minda merujuk kepada tenaga minda yang berada dalam diri setiap manusia. Tenaga minda ini merupakan penggerak kepada kardiovaskular dan merupakan tunjang dalam kehidupan kita. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang berada di alam kosmik akan memberi kesan yang cukup hebat kepada seseorang.

Jurucakap PPLI menyatakan bahawa Bengkel Kuasa Minda: Ke Arah Sikap Yang Positif Kuasa akan menampilkan tiga modul kepada para peserta iaitu Modul 1: Kuasa Minda, Sedarkah Anda?; Modul 2: Sikap Positif, Mukmin Proaktif; dan Modul 3: Memanfaatkan Kuasa dan Masa. Aktiviti dan latihan kuasa minda akan turut diadakan pada penghujung bengkel.

Pihak penganjur bengkel mengenakan bayaran RM200 bagi setiap orang peserta termasuk makan, minum dan sijil penyertaan bagi yang menghadirinya.

Pembayaran boleh dibuat sama ada secara dalam talian atau masukkan terus ke akaun bernombor 14-014-01-00-7021-3 milik Institut Kefahaman Islam Malaysia di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 Januari 2011.

Segala butiran berkaitan bayaran termasuk jumlah, tarikh dan nama peserta hendaklah difaksimilekan ke nombor 03-62046240, atau e-mel kepada ppli@ikim.gov.my.

Pihak PPLI juga hendaklah dihubungi selepas pembayaran dibuat bagi mengesahkan pendaftaran. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik

Sharuzi, Encik Mior, atau Puan Nor Asyikin di Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), No. 2, Langgak Tunku, melalui Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur. Atau emelkan kepada jie@ikim.gov.my atau mior@ikim.gov.my .

Bengkel ini sesuai dihadiri oleh semua pihak daripada pelbagai latar belakang, antaranya kaunselor, pengamal perundingan dan latihan, badan pengurusan, ahli akademik dan pentadbir.

Bengkel Anis Celik Undang-Undang

Bengkel Anis Celik Undang-Undang dalam bidang syariah, sivil, dan jenayah akan diadakan di Astana Karya, Seksyen 8, Kota Damansara, Selangor pada hari Sabtu, 15 Januari 2011 ini.

Menurut jurucakap urus setia bengkel, bengkel tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang, serta terbuka kepada wanita berkerjaya, suri rumah dan pelajar.

Pihak penganjur menjemput tiga orang pemudah cara bagi mengelolakan bengkel itu iaitu terdiri daripada Kamaazura Mohd Kamil bagi bidang undang-undang syarak; Suzanawati Ismail bagi bidang undang-undang sivil, kedua-duanya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; dan Salim Bashir bagi bidang undang-undang jenayah dari East London University.

Penganjuran Bengkel Celik Undang-Undang bertujuan mendedahkan peserta-peserta terutamanya wanita agar dilindungi daripada dianiaya, menganiaya, dan teraniaya. Mereka akan didedahkan dengan hak-hak sebagai wanita dari segi undang-undang syarak, sivil, dan jenayah.

Menurut pihak urus setia, peserta bengkel dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang termasuk bahan bengkel, makanan, minuman dan sijil.

Sebarang pertanyaan hendaklah dimajukan kepada Urus Setia, Bengkel Anis, Astana Karya, No. 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau menghubungi nombor telefon 03-6142 1614 (Cik Suraiti), faksimile 03-6142 1612. Juga boleh sms ke talian 013-6697 992, atau e-mel kepada suriati@galeriilmu.com.my.

Sunday, January 2, 2011

Cemerlang Sains Dengan Peta Minda




Kini telah ada peta minda (mind map) yang memudahkan anak-anak anda mempelajari, menghafal dan menyemak pelajaran Sains UPSR mereka sebelum menduduki peperiksaan. Anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk menghasilkan peta minda untuk mereka kerana semuanya telah disediakan untuk anda!!

PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK

"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

Usah buang masa. Sementara awal sebelum lewat untuk harungi UPSR, eloklah tuan / puan dapatkan peta minda ini untuk anak Tahun 6 kesayangan tuan / puan.

Kunjungi

http://nasarudin-central.com/main/1ba/114

Segera! Sebelum harga dinaikkan...

Saturday, January 1, 2011

Bagaimana Buat Duit Di Internet Daripada ZERO?




Ini adalah antara persoalan yang popular sejak kebelakangan ini memandangkan kita mengalami kegawatan ekonomi. Kedai-kedai banyak yang tutup kerana tak mampu lagi bayar sewa, dan pekerja.. Pekerja ramai yang diberhentikan kerja.. Dan banyak lagi masalah yang melanda.

Jadi, oleh sebab itu persoalan Bagaimana Buat Duit Di Internet semakin popular memandangkan buat duit di internet tidak memerlukan banyak modal atau boleh bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.

Terkejut tak bila saya katakan ZERO modal?

Ya, seorang usahawan internet muda, Ammar Zahar baru-baru ini melancarkan sebuah produk Zero Ke Hero iaitu strategi bagaimana beliau menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal..

Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan anda pada awal tahun lepas. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri..

Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakulti sendiri..hehe

Menarik kan?
Itu tak cukup menarik..

Yang lebih menarik, beliau kini membuka jualan Zero Ke Hero, berkongsi rahsia kejayaannya di internet dengan umum dan pastinya, ini bukan untuk semua orang..

Pakej ini hanya untuk mereka yang berminat nak buat duit di internet dan percaya bahawa internet adalah perniagaan sebenar dan bukannya skim cepat kaya seperti kebanyakan orang yang silap jalan.

http://www.zerokehero.com/index.php?ref=snbs

Klik saja link diatas dan tonton video Ammar.. Saya pasti, jika anda mendapatkan Zero Ke Hero, anda bakal bergelar Usahawan Internet berjaya tak lama lagi.. Mungkin setahun, sebulan, ataupun seminggu?

Jika anda dapatkan pakej ini dan ambil tindakan, semuanya tak mustahil!

http://www.zerokehero.com/index.php?ref=snbs

Semoga berjaya!

Friday, December 31, 2010

Ada barang tak pakai? Jangan simpan, jual !


Salam hormat;
Anda ada kasut, handphone, komputer atau barang-barang terpakai lain?

Barang-barang ni, kalau dibiarkan akan buat menyemak je kat stor belakang rumah tu.

Kalau nak buang, sayang. Dah lah nak dapat dulu bukan main susah, tapi, kalau tak buang,..ahh, serba salah pulak.

Ha, itulah dilemma saya beberapa bulan yang lepas. Sehinggalah baru-baru ini saya terjumpa satu cara bagaimana menukarkan barangan terpakai tadi kepada wang tunai.

Nak tahu caranya?

Ok, mudah sahaja. Anda lawati www.mudah.my, dan iklankan barangan terpakai tersebut.

Senang sangat, tak perlu daftar atau bayar apa-apa pun.

Baiklah, sebenarnya, tip di atas merupakan sedutan daripada produk terbaru Raja Kamil www.rajakamil.biz

Produk yang boleh didapati di http://bit.ly/fSrL2A, sebenarnya mempunyai :
-5 cara untuk buat duit di mudah.my
-2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
-8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta
-serta beberapa tips dan trik lagi.

Betul, semua tip itu anda boleh dapati di http://bit.ly/fSrL2A

Sekarang ini, dapatlah anda jadikan rumah anda kemas sikit di samping mendapat pendapatan sampingan. Jual surat khabar lama pun belum tentu boleh dapat RM342 dalam seminggu.

Jangan lupa layari http://bit.ly/fSrL2A hari ini juga.

PS : Dengar cerita, produk ini mungkin akan dinaikkan harga dalam masa terdekat